Saturday, January 28, 2012

dari uia ke times square ^_^

Hari ni 28january 2012 aku ngan 5 org member pegi times squre..maklumlah, duit masyukkk!
jnji nak pegi pukul 10.wow! semangat doww..tp hakikatnya around 11 jgk la kami bertolak dari uia..haha..masalah teknikal yg x dpt dielakkan..dari uia kami nek bas T635 ke kL central..

sampai kL central kami beratur beli tiket untuk ke IMBI..jgn plk beli tiket nak ke stesen monorel times square..korang takkan jumpa punyalah..ha,so,beli tiket ke jalan imbi kalau nak g times squre..ok?

 gambar ni aku candid je..sebab model2 terhormat (MEMBER) aku time ni ada hal sikit..time ni kitorang beli tiket utk ke IMBI

ha, ni plk kitorang tgh tunggu monorel..tak lama pun..ala, mcm LRT jugak..sabar sikit je..kalu KTM lain la..kena sabar banyak

dari kL sentral nak ke imbi juz 4 stesen je..dekat je an?so ape lagi?jom kenal kL sentral.
saje2: korang nampak x nama stesen maharajalela?
dalam monorel, sampai je stesen tu, aku cakap kat kwn aku, dah sampai maharajalawak, xnak turun ke?
spontan je aku ckp giru..ade plk orang aku x kenal gelak.. dgr jgk die ye..member aku mmg gelak la time tu..ala, spontan jela. tp, sbnarnya maharajalela..
dah terpengaruh ngn maharajalawak, ha x pasal2 maharajalela aku panggil maharajalawak..



ting tong...x lama kami dalam monorel..dah sampai sudaa...
bagi sape2 tak pernah pegi TS, ha camni la rupanya..sebelum tu aku nak story skit..
dalam TS ni korang boleh main ape je..contoh Roller Coaster.. semua dalam 1 bangunan..hebat kan?
memang bergegar la 1 bangunan time diorang main..nampak best sgt TAPI...s.e.t.a.k.a.t ini aku tak berani main lagi..hehe..dengar pun dah gerun..

ni la gambar dalam TS yg sempat aku snap..
 time ni kami mula2 sampai..ni pun aku candid je..x kenal pun sape dalam gambar ni..hee

huish, byk tingkat betul..aku pun x kira bape..yg mcam kaca tu lif tau..jgn igt bangunan x siap plk..







ha, ni la mainannya..memang menariklah..




BERJAYA TIMES SQUARE THEME PARK..jemput datang..: sebenarnya kami x main pun..juz jalan2..window shopping..tp TERbeli jugak something and beberapa thing lg lah..tp kat sini harga x mahal pun..selalu ade LESS..xcye, pegi sendiri..baru puas hati..=)

THEN,

kami breakfast & lunch (2in1) kat AYAM PENYET..fuh!!die punya makanan..TERBAIKK!!




BESTTT!!! kalau belum cuba..cubalah..memang terbaik lah..hehe..
lepas B&L (breakfast : Lunch), kami pegi solat zohor then, balik..SELESAI!







 






Thursday, January 26, 2012

kerana BERITA HARIAN..

Aku suka baca surat khabar berita harian..hampir tiap2 hari aku beli..bagi aku berita harian lg detail info berbanding ngn surat khabar lain...tu opinion aku la..
Aku ada citer nak kongsi pasal surat khabar BH ni..
Ada satu hari tu aku balik umah uncle aku kat klang..then, kalau nk beli BH, kena g kedai, biasa kat campus aku beli kat kiosk tingkat bawah je..so, malas nak kuar awal, petang tu baru aku ade peluang kuar semata2 nak beli BH..dalam pukul 6 la aku kuar ngn sepupu aku naik motor..mula2 kami pegi kedai yg dekat, tuan punya kedai ckp BH dah habis..ok,fine,kami cari kedai lain..dalam 3buah kedai jgkla kami tnya, semua ckp dah habis..tinggal surat khabar lain je..sepupu aku cakap kita pegi pekan la..aku ckp ok je tp kene blik ambik hemlet (helmet..hehe) dulu la..so,kami blik ambik helmet tuu..
Dari umah uncle aku nak g pekan  xjauh pun..sebab uncle aku duk kat Bandar..dah nak dekat pukul 7 dah tp still jgk pegi keranamu BH..cari pnya cari..hampir 10 kedai kami cari, mmg dah habis..kat 7eleven,station petronas, kedai mamak, mcm2 kedai..semua BH dah habis..last2 aku ckp kat sepupu, cmni la..ni last kita pegi kat station BHpetrol..klau xde jgk kat situ kt balik je..so, kami pegi kat BHpetrol..
Tiba2….
Hehehe..rasa nak menyanyi lagu 1 malaysia je kat depan pintu masuk kiosk BHpetrol sebab aku Nampak surat khabar BH..hehe..tp xboleh nyanyi sebab dah maghrib,,tak baik..jadi, aku senyum 1 malaysia je..alhamdulillah..finally, dpt jgk BH ku yg terchenta..hehehe..
Usaha tangga kejayaan..(‘’,)

Tuesday, January 24, 2012

si kecik tolak keta & si kecik yg kecik

salam utk semua..
best x tajuk kat atas?ermm..x best kan? tp xkisah, bab tajuk aku xde idea..juz want to share this picture..

budak kecik ni name alyaa..kebetulan aku shoot hari tu time die posing camni..umur die setahun 4bulan..sebenarnya aku  xtau die sedang buat ape tu tp, aku pikir die tengah tolak keta,,yela,die baru je boleh jalan.. tu pun masih lesen ''L'' kate kan..maybe die pikir die boleh tolak keta tuu..that's why die buat gitu..die ni salah sorang anak sedara aku..anak kakak aku..

gambar seterusnya..
ni pulak anak abang aku..nama budak kecik ni pulak nur iman awatif..x sampai setahun lg..lg kecik dari alyaa..sekarang awatif dah beso..dulu masa dilahirkan juz 2kg..bayangkan dua kilo gula..hehe
masa awatif lahir, die kene tinggal lama kat hospital KB sebab masalahnya berat yg x berat sgt..erk?(ape ayat aku ni)..hee
masa die dilahirkan hari raya korban 2011..org len sebok beraya tp mama awatif dan awatif kat hospital..tp alhamdulillah sekarang semua dah ok..awatif memang beso lerr skrg..dah boleh buli kak alyaa yg kat atas tuu.hehe..



Friday, January 20, 2012

Spiderman VS njoneday dan popo

Saya suka spiderman. Tak tau kenapa..ala,minat an? Bukan pape pn..nak je saya cakap saya sayang spiderman tapi, nanti ade plk yg jeles..haha..jeles??
(@_@) popo jeles erk?
Ok! Saya juz ckp saya suka je spiderman..
Antara popo saya dan spiderman saya, saya suka dua2..
(@_@) suka je?
Ops!lupa popo ada kat sini..ok,saya ulang balik..
Antara popo saya dan spiderman saya, saya sayang popo saya dan saya suka spiderman saya..
(@_@) ha,ambk kau spiderman..!!
Oit!tak baik la popo ckp gitu..nti spiderman merajuk, die pergi panjat tinggi2..sape nak g pujuk?lagi2 kalau die membawa diri atas puncak KLCC..
(@_@) ala..asyik menangkan spiderman je,popo nak merajuk lah gini!!
Hehehe..popo merajuk saya tak kisah sebab popo tak boleh panjat tinggi2 pun..(dalam hati jer, nti terasa popo)
(‘’,) (‘’,) (‘’,) (‘’,) (‘’,) (‘’,) (‘’,) (‘’,) (‘’,)

DSLR..


Saya suka DSLR berbanding kamera biasa kerana kamera dslr tidak menipu..
Menipu??....ya, menipu..cuba tgk perbezaan gambar-gambar kat bawah ni..
                Ni gambar drpd kamera dslr..
                Ni plk drpd kamera biasa..
Ha, Nampak x ape beza hasil drpd dua2 kamera ni?btl x sy ckp kamera dslr x menipu?
Ok,sebabnya kalau kamu perasan gambar hasil drpd dslr tu menunjukkan cara pandangan manusia biasa iaitu kita akan Nampak apa mata kita focus, yg kat tepi akan nampak kabur ,yg tengah je jelas sb kt focus kat tgh. Tp hasil dari kamera biasa menunjukkan kita Nampak semua walupun di luar focus mata kita.maknanya semua Nampak jelas..nampak benor menipu..hehe..
p/s:kalau salah tolong betulkan..=)

Nusyuz..

sekali sekala cakap hal rumahtangga..tambah ilmu jgk..hehe

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “mana-mana perempuan yg meninggal dunia dalam keadaan suami redha kepadanya, dia akan masuk syurga.
Nusyuz mengikut pendapat Mazhab Syafie bermaksud derhaka. Dengan kata lain, isteri nusyuz bermakna isteri yg tidak mentaati suami dan menderhakai suami.
Antara tindakan isteri nusyuz:
1-keluar rumah tanpa alasan munasabah dan tanpa kebenaran suami.
2-isteri tidak membuka pintu rumah supaya suaminya boleh masuk.
3-isteri yg menghalang suaminya menyetubuhinya tanpa alasan munasabah seperti sakit.
4-isteri enggan berpindah ke satu rumah atau tempat lain tanpa sebab sah menurut hukum syarak.
5-tidak mengendahkan panggilan suami dan menjauhkan diri daripada suami.
Dalam islam, hukum nusyuz adalah HARAM! Dan satu dosa besar!
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “jika seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suami tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri itu sehingga subuh”.
Selain itu, isteri tidak berhak keluar rumah meskipun untuk menunaikan haji melainkan dgn keizinan suami.
Berikutan itu, kesan kpd pengisytiharan nusyuz telah dinyatakan dlm seksyen 60(2) Enakmen undang-undang Keluarga islam (negeri Selangor) 2003 iaitu tidak berhak utk mendapat sebarang nafkah drpd suami apabila isteri nusyuz.
Walaupun dlm islam, suami wajib menyediakan nafkah utk isteri tetapi, nafkah isteri akan gugur dlm keadaan tertentu di mana salah satunya adalah menderhakai suami. Ia tetap dikira menderhaka walaupun dgn menghalang suami drpd menyentuhnya tanpa sesuatu keuzuran.
Namun, selepas saja isteri itu bertaubat, menurut kemahuan suami dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidak lg nusyuz.
Di Malaysia, pengisytiharan nusyuz blh difailkan oleh suami di mahkamah syariah namun, suami digalakkan mengambil peranan utk mengatasi nusyuz seperti dianjurkan islam. Utk atasinya ialah, jika nusyuz semakin jelas dan berterusan, suami disarankan tidur berasingan. Tindakan tidur berasingan blh mendatangkan kesan baik utk mengajar isteri dan jika isteri terus nusyuz, suami blh memukul isterinya dgn pukulan mendidik tp tidak menyakitkan dan tdk mendera.walau bagaimanapun, tindakan memukul hanya dilakukan jika dijangkakan dia akan insaf. Jika proses mengatasi nusyuz ini gagal menyedarkan isteri, barulah suami mengambil tindakan membuat permohonan perisytiharan nusyuz terhadap isteri di Mahkamah Syariah.