Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “mana-mana perempuan yg
meninggal dunia dalam keadaan suami redha kepadanya, dia akan masuk syurga.
Nusyuz mengikut pendapat Mazhab Syafie bermaksud derhaka.
Dengan kata lain, isteri nusyuz bermakna isteri yg tidak mentaati suami dan
menderhakai suami.
Antara tindakan isteri nusyuz:
1-keluar rumah tanpa alasan munasabah dan tanpa kebenaran
suami.
2-isteri tidak membuka pintu rumah supaya suaminya boleh
masuk.
3-isteri yg menghalang suaminya menyetubuhinya tanpa alasan
munasabah seperti sakit.
4-isteri enggan berpindah ke satu rumah atau tempat lain
tanpa sebab sah menurut hukum syarak.
5-tidak mengendahkan panggilan suami dan menjauhkan diri
daripada suami.
Dalam islam, hukum nusyuz adalah HARAM! Dan satu dosa besar!
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “jika seorang suami
mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suami tidur
dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri itu sehingga subuh”.
Selain itu, isteri tidak berhak keluar rumah meskipun untuk
menunaikan haji melainkan dgn keizinan suami.
Berikutan itu, kesan kpd pengisytiharan nusyuz telah
dinyatakan dlm seksyen 60(2) Enakmen undang-undang Keluarga islam (negeri
Selangor) 2003 iaitu tidak berhak utk mendapat sebarang nafkah drpd suami
apabila isteri nusyuz.
Walaupun dlm islam, suami wajib menyediakan nafkah utk
isteri tetapi, nafkah isteri akan gugur dlm keadaan tertentu di mana salah
satunya adalah menderhakai suami. Ia tetap dikira menderhaka walaupun dgn
menghalang suami drpd menyentuhnya tanpa sesuatu keuzuran.
Namun, selepas saja isteri itu bertaubat, menurut kemahuan
suami dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidak lg nusyuz.
Di Malaysia, pengisytiharan nusyuz blh difailkan oleh suami
di mahkamah syariah namun, suami digalakkan mengambil peranan utk mengatasi
nusyuz seperti dianjurkan islam. Utk atasinya ialah, jika nusyuz semakin jelas
dan berterusan, suami disarankan tidur berasingan. Tindakan tidur berasingan
blh mendatangkan kesan baik utk mengajar isteri dan jika isteri terus nusyuz,
suami blh memukul isterinya dgn pukulan mendidik tp tidak menyakitkan dan tdk
mendera.walau bagaimanapun, tindakan memukul hanya dilakukan jika dijangkakan
dia akan insaf. Jika proses mengatasi nusyuz ini gagal menyedarkan isteri,
barulah suami mengambil tindakan membuat permohonan perisytiharan nusyuz
terhadap isteri di Mahkamah Syariah.
No comments:
Post a Comment