PERHATIAN..
Petikan ini saya copy dari berita
harian pada hari selasa bersamaan 17 januari 2012..sekali lagi saya ulang
petikan ini saya petik dari berita harian yang dihantar daripada seorang
mahasiswa dari kuala lumpur. Jgn ingat ini kata2 saya ye..saya petik je utk
share ngn kawan2 tentang isu semasa bagi sape2 yg xsempat utk baca..(takut jg
jika tak diulang nanti ada pihak akan ckp sy plagiat benda ni)hehe..
Petikankannya berbunyi begini..
Sudah hampir tiga tahun sy berada
di institusi pendidikan tinggi, tetapi amat pelik untuk mengatakan apa yang
dituntut oleh seorang mahasiswa adam adli abdul halim adalah permintaan
mahasiswa keseluruhannya dan juga mewakili belia.
Sy berasa sedih dgn tindakan adam
adli yg menurunkan bendera perdana menteri . sebagai mahasiswa yang menuntut
ilmu di menara gading, sy berpandangan apa yg dilakukan oleh adam adli adalah
suatu tragedi yg memalukan serta menjatuhkan maruah mahasiswa. Tidak terlintas
di hati sy ada dlm kalangan mahasiswa yg melakukan tindakan sebegini.
Tambahan lg, apa yg dikatakan
oleh sekumpulan mahasiswa yg menyokong tindakan adam adli bahawa mereka sebagai
wakil dan suara kebangkitan golongan mahasiswa. Seolah-olah memberi gambaran
bahawa golongan mahasiswa di Malaysia ditindas dgn teruk hingga terpaksa
bangkit bersuara dgn melakukan demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran
university pendidikan sultan idris (UPSI).
Perjuangan apa yg dibawa adam
adli sehingga menurunkan bendera gambar PM?
Sy sama sekali tidak bersetuju
dgn tindakan adam adli yg mencetus kontroversi sepanjang akhir 2011 dan awal
2012 ini. Perjuangan yg tdk menggambarkan ketinggian intelektual, penghayatan
ilmu dgn berhikmah serta bijaksana.
Tidakkah mereka berfikir mengenai
kedudukan mereka dlm masyarakat khusus belia mahupun mahasiswa? Dgn mudah
mereka mendakwa perbuatan mereka adalah suara mahasiswa. Hanya atas tiket Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM) sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yg tidak pernah
kami berjumpa siapakah golongan mereka ini? Tidak kami ketahui perjuangan apa
yg dibawa mereka.
Lantas dgn mudah mereka mengakui
mereka mewakili mahasiswa. Di mana peranan anda sebagai badan mahasiswa yang
hanya terletak pd nama saja? Di mana gerakan yg berusaha meraih tandatangan
drpd seluruh IPT untuk dijadikan bukti sebagai wakil mahasiswa utk menyuarakan
kpd kerajaan bahawa mahasiswa ditindas? Di mana bukti anda sebagai wakil
mahasiswa Malaysia?
Sebagai mahasiswa, sy mahu
bertanya kpd adam adli di manakah bukti yg boleh menunjukkan kamu sebagai
mewakili gerakan kebangkitan generasi mahasiswa?
SUARA
MAHASISWA,
Kuala
Lumpur
No comments:
Post a Comment