Friday, January 20, 2012

Politik sikit..hehe

bila NJ berpolitik..

Sekarang ni famous je pasal adam adli, pasal Hassan ali, dan pilihan raya..Sebenarnya saya tak berani sgt nk sentuh hal politik dan saya jg x suka sgt politik tp, saya tetap baca tentang politik. Walaupun saya tak suka politik tapi saya ambil tahu tentang politik sebab saya ingin menjadi seorang pembaca dan pemikir untuk bangsa, Negara dan agama.
Saya fikir indahnya rasa dan tenangnya hati jika dapat tgk semua pemimpin utk semua parti duduk bermusyawarah sama2, makan sama2, raikan hari keluarga dengan membawa isteri dan anak2 sama2 dan paling saya nak adalah mereka berkongsi idea sama2 demi agama dan Negara. Demi satu matlamat yg nyata.Tapi setakat ini belum terjadi lg. insyaAllah mungkin bakal terjadi nanti..saya syg Negara saya..saya syg agama saya..saya jg syg pemimpin2 saya..
Mmg btl politik dan agama tak boleh dipisahkan.yup!saya bersetuju.100%..tp jika ade org tnya sy antara parti pas dan barisan nasional (bn), yg mana akn saya pilih..dgn yakin sy akan jwb,,DUA2 PARTI SAYA PILIH!! Adakah pilihan saya ini telah memisahkan agama dan politik? Tidak,bkn?Tp kenapa??pertamanya saya seorang mahasiswi yg perlu belajar byk lg ilmu.kedua, sb dua2 pemimpin parti ini beragama islam.ketiga, kerana dua2 pemimpin ini memperjuangkan hak yg sama. Tp keempat dan kelima adalah special sikit saya kira..special dari segi apa??ok..ini jwpn yg saya fikir..
Keempat ialah pas memperjuangkan hak umat iaitu agama dan politik..
Dan kelima ialah pemimpin bn memperjuangkan hak 1malaysia dan juga agama.
1 malaysia??
Yup..1malaysia..saya ada alasan saya sendiri..ini alasan saya..
Jika saya di tempat perdana menteri kita sekarang iaitu pemimpin Negara, mungkin saya juga akan buat hal yg sama..ingat senang ke nk jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin?..tepuk dada Tanya iman..
 Memang betul pusat judi haram, disco haram dalam agama islam tp semua tu sekarang boleh dibenarkan jika berlesen.mungkin ada yg fikir dah sah2 haram then kalau bagi lesen maknanya menghalalkan yg haram..tapi saya tetap fikir positif dalam hal ni..knp??
Ini alasan saya, kalaulah kerajaan hapuskan pusat judi even ada lesen..pernah x kita fikir ape tindakan non-muslim terhadap pemimpin kita?terhadap Negara kita sekarang?mungkin Negara kita pun sedang berperang antara muslim dan non-muslim.ingat!!negara kita hidup dalam berbagai jenis bangsa dan agama..kita x boleh pertikaikan hak kita sahaja..kita perlu hormat hak org lain..hak agama lain dan hak bangsa lain.
Bukan senang nak jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.jadi bagi saya, amatlah berharap jika setiap parti dapat bersatu kerana sebenarnya kita saling melengkapi..
setakat ini sahaja mampu saya perkatakan..tp jika berpeluang ingin lg saya perkatakn tentang politik di Negara kita..ampun maaf dipinta jika kata2 saya salah.saya benarkan jika ada pihak ingin perbetulkan. Mcm saya ckp td, saya seorang mahasiswi yg perlu byk lg belajar dan jauh lg perjalanan saya..=)

No comments:

Post a Comment